Soalan Lazim
 
1. Berapa lamakah tempoh siap tempahan?

Jawapan :

Tempoh siap tempahan ialah 2 hingga 3 minggu bergantung kepada kelancaran proses berurusan dengan pelanggan. Ini termasuk tempoh pelanggan memberi maklumat lengkap, peta, gambar(jika perlu), resit pembayaran serta tempoh membuat pengesahan artwork. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk prosedur tempahan.

 

 

2. Adakah harga yang dinyatakan termasuk kos artwork dan sampul?

Jawapan :

Ya, harga yang tertera termasuk kos artwork dan sampul kosong (tanpa bercetak).

 

 

3. Adakah harga yang dinyatakan termasuk sampul bercetak?

Jawapan :

Tidak. Harga kad hanya termasuk sampul kosong sahaja. Untuk sampul bercetak akan dikenakan bayaran tambahan.

 

 

4. Sekiranya saya tempah kad dan pelbagai barangan lagi serentak, adakah saya perlu membayar RM15 sahaja untuk kos penghantaran?

Jawapan :

Ya. Kos penghantaran ialah RM15 / penghantaran (untuk Semenanjung Malaysia sahaja). Namun sekiranya anda meminta untuk  membuat dua kali penghantaran ataupun menghantar ke dua tempat berbeza, maka bayaran yang anda perlu bayar ialah RM30.

 

 

5. Bilakah tempoh yang sesuai untuk kami membuat tempahan?

Jawapan :

Tempoh yang sesuai ialah sekitar 2 atau 3 bulan daripada tarikh perkahwinan.

 

 

6. Bagaimanakah caranya untuk membuat tempahan?

Jawapan :

Tempahan boleh dilakukan secara online. Kami galakkan anda membaca prosedur tempahan terlebih dahulu untuk maklumat lanjut. (Klik di sini untuk membaca prosedur tempahan)

 

 

7. Apakah beza kad liminate dengan tanpa liminate?

Jawapan :

Perbezaannya hanya pada kemasan permukaan kad sahaja. Kertas yang digunakan masih lagi kertas yang sama. Untuk Glossy, permukaan kad akan menjadi berkilat seperti photo paper. Manakala untuk Matte pula, permukaan kad akan menjadi pudar dan classic. Bagi kad tanpa liminate, tiada sebarang kemasan yang akan dilakukan pada permukaan kad.

 

 
 

 

 
 Hak Cipta Terpelihara HotKadKahwin.Com